Ahad, 15 April 2012

Jom! Tengok... Hujan Meteor Lyrid Landa Malaysia 21 & 22 April 2012


Jom! Tengok...  

Hujan Meteor Lyrid Landa Malaysia 21 & 22 April 2012

meteor lyrid

Hujan Meteor Lyrid 21 Dan 22 April 2012 | Penduduk Malaysia dan seluruh dunia akan berpeluang melihat keindahan Hujan Meteor Lyrid yang dijangka menghiasi langit pada 21 dan 22 April ini. Ketiadaan bulan pada waktu malam akan memberikan kepuasan kepada anda untuk menyaksikan hujan meteor itu dengan lebih jelas.
Menurut pakar, waktu yang sesuai untuk anda menyaksikan keindahan hujan meteor ini adalah antara tengah malam dan fajar waktu tempatan. Ini disebabkan bulan baru saja muncul kembali, ini menjadikan kilasan terang Lyrid tidak akan ditenggelami oleh kilauan jiran terdekat Bumi.

Pegawai NASA menganggarkan kadar hujan meteor adalah sebanyak 15 kali dalam sejam dan ia mungkin akan jadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada anggaran tersebut. Ini kerana Lyrid agak sukar diramal namun kadar-kadar maksimumnya adalah dari 10 hingga 100 meteor sejam !!!.



meteor lyrid


Hujan meteor ini dinamakan Lyrid kerana ia dikatakan berasal dari buruj Lyra (The Lyre) yang boleh dilihat di langit  pada waktu malam semasa pertengahan April selama sekurang-kurangnya 2,500 tahun.

Bagi yang tidak berpeluang melihat hujan meteor ini pada malam tersebut disebabkan langit mendung atau berawan, anda bolehlah sertai program sembang (chat) bersama para pakar dan menonton video “live streaming” secara langsung yang disediakan oleh NASA bermula dari jam 11 p.m. hingga 5 a.m.

Untuk menyertai Program sembang dan video “streaming” anda bolehlah ke laman ini:-

http://www.nasa.gov/connect/chat/lyrids2012_chat.html
http://www.nasa.gov/connect/chat/allsky.html
http://wwp.greenwichmeantime.com/time-zone/usa/eastern-time/eastern-daylight-time.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan