Selasa, 20 September 2011

Azab bagi orang yang melengah-lengahkan solat

Azab bagi orang yang melengah-lengahkan solat

Bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat, dia akan menerima lima jenis azab di dunia iaitu tiga semasa mati, tiga di dalam kubur dan tiga lagi selepas kebangkitan.

Azab di dunia ini adalah :
  1. Tidak dirahmati dalam kehidupan.
  2. Kehilangan nur pada wajahnya (muka orang-orang yang soleh penuh dengan nur).
  3. Tidak menerima pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
  4. Doa-doa tidak di makbulkan.
  5. Tidak mendapat bahagian dalam doa-doa orang yang soleh.

Azab semasa dia hendak mati pula adalah :
  1. Mati dalam keadaan aib.
  2. Mati kelaparan.
  3. Mati dalam keadaan dahaga hinggakan air dalam laut di dunia ini tak dapat menghilangkan hausnya.

Azab di dalam kubur bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat :
  1. Dihimpit oleh kuburnya sendiri se hingga tulang-tulang rusuknya saling berselisihan
  2. Api menyala di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya pada siang dan malam.
  3. Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang sama dengan perjalanan sebulan dilepaskan ke atasnya. Ular itu akan bertempik seumpama bunyi guruh suaranya,“ Tuhanku telah memerintahkan aku supaya memukul kamu sehingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga maghrib, kerana melengah-lengahkan solat Maghrib hingga Isyak, kerana melengah-lengahkan solat isyak hingga fajar. Ular itu terus memukulnya sehingga ke hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya sehingga tujuh puluh hasta ke dalam bumi.

Azab selepas kebangkitan bagi orang yang meninggalkan solat pula ialah :
  1. Hisabnya keras sekali (disulitkan).
  2. Allah s.w.t. murka padanya.
  3. Dicampakkan ke dalam api neraka.

Menurut satu hadis , bagi orang yang meninggalkan solat, akan tertulis tiga baris ayat yang berikut pada dahinya :
  1. Wahai kamu yang melengah-lengahkan kewajiban Allah.
  2. Wahai kamu yang patut menerima kemurkaan Allah.
  3. Kini kesal lah kerana kamu melengah-lengahkan kewajiban kamu terhadap Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan